Edisi khas Angry Birds

Angry Birds Seasons

Angry Birds Seasons
PembangunRovio Mobile
PenerbitRovio Mobile
PelantariOS, Android, Symbian^3, Windows Phone 7
Keluaran21 Oktober 2010[73]

Musim 2011

Pada Oktober 2010, Rovio mengeluarkan edisi khas Angry Birds sempena perayaan Halloween.[73] Angry Birds Halloween yang eksklusif kepada Apple iOS ketika itu dan berasingan daripada permainan utama, terdiri daripada tahap-tahap baru dengan muzik dan grafik bertema Halloween.[73] Pada Disember 2010, Rovio mengeluarkan Angry Birds Seasons kepada peranti iOS, Android dan Symbian^3.[74][75] Seasons memperkenalkan 25 tahap bertema Krismas, satu untuk setiap hari menjelang perayaan itu, serupa dengan takwim Kedatangan.[74][75] Kesemua versi merangkumi tahap-tahap Halloween yang sebelum ini eksklusif kepada Halloween dan ditawarkan sebagai aplikasi berbayar yang berasingan kecuali, versi Android yang percuma dan beriklan;[76] Pemain Angry Birds Halloween di iOS menerima tahap-tahap Seasons sebagai naik taraf percuma.[74] Versi Halloween pula diberi tajuk episod "Trick or Treat", sementara episod Krismas dijudulkan "Season's Greedings". Pada Februari 2011, Rovio mengeluarkan kemas kini Hari Valentine kepada Angry Birds Seasons, bertajuk "Hogs and Kisses", lengkap dengan tahap-tahap dan grafik bertema baru, di samping ciri khas untuk mengirim mesej Hari Valentine yang bertema Angry Birds melalui Facebook.[77] Pada Mac 2011, Rovio mengeluarkan kemas kini Hari St. Patrick yang bertajuk "Go Green, Get Lucky",[78], diikuti oleh kemas kini Easter ("Easter Eggs") pada April 2011,[79] "Summer Pignic" sempena musim panas pada Jun 2011,[80] dan "Moon Festival" sempena Perayaan Kuih Bulan Cina pada September 2011.[81]

Musim 2012

Pada Oktober 2011, Angry Birds Seasons edisi 2012 dimulakan dengan "Ham'O'Ween" dikeluarkan dan memperkenalkan seekor burung baru yang boleh menggelembung seperti belon.[82] Pada Disember 2011, episod "Wreck the Halls" keluar sempena musim Krismas. Episod ketiga, "Year of the Dragon" keluar pada 20 Januari 2012 sempena Tahun Baru Cina, dengan watak Mighty Dragon (Naga Perkasa) yang eksklusif buat episod berkenaan. Fungsi naga ini sama dengan Mighty Eagle, tetapi ia boleh digunakan secara percuma oleh pengguna-pengguna iOS yang tidak membeli Mighty Eagle, di samping pengguna-pengguna Android dan Symbian^3 yang ketiadaan ciri Mighty Eagle. [83] Episod bertema Jepun, "Cherry Blossom" keluar pada 7 Mac.[84] Pada 14 Jun 2012, musim ke-12 iaitu Piglantis[85] dikeluarkan sempena musim panas, menampilkan ciri-ciri fizik bendalir[86], yang mana burung, kayu dan kaca boleh terapung atas air, tetapi khinzir dan batu terlalu berat dan tenggelam sampai hancur.

Angry Birds Rio

Angry Birds Rio
PembangunRovio Mobile
PenerbitRovio Mobile
PelantariOS, Android, Mac OS X, Windows
KeluaranMac 2011

Rovio melancarkam Angry Birds Rio pada Mac 2011.[87] Dalam versi ini yang berasaskan filem animasi Rio terbitan 20th Century Fox, watak-watak Angry Birds berada di Rio de Janeiro dan berinteraksi dengan watak-watak filem tersebut.[87]Angry Birds Rio dimulakan dengan dua bab iaitu "Smuggler's Den" (dalam gudang) dan "Jungle Escape" (di hutan), tetapi telah dikemaskinkan dengan bab-bab tambahan iaitu "Beach Volley" (di pantai), "Carnival Upheaval" (dalam karnival), "Airfield Chase" (di lapangan terbang), dan akhir sekali, "Smuggler's Plane" (dalam kapal terbang). Semenjak diterbitkan, Angry Birds Rio telah dimuat turun lebih 10 juta kali.[88]

Angry Birds Magic

Satu versi istimewa yang dipanggil Angry Birds Magic, dibangunkan secara eksklusif untuk peranti-peranti Nokia Symbian yang berciri NFC. Versi ini mengandungi fungsi-fungsi merungkai tahap-tahap permainan baru sebaik sahaja mendekati satu lagi telefon ber-NFC yang memainkan permainan ini. Versi percuma Angry Birds Magic terpasang sedia dalam semua peranti NFC Symbian yang dijual pada tahun 2011, mulai Nokia C7.[89]

Angry Birds Space

Pada Februari 2012, Rovio mengumumkan permainan baru dalam francais Angry Birds iaitu Angry Birds Space.[90] Ia dilancarkan pada 22 Mac 2012[91] untuk pengguna iOS, Android, PC, dan Mac, disusuli oleh platform-platform lain kemudian, mula-mula dengan 60 tahap pendahuluan dan juga tahap-tahap tambahan yang boleh diperoleh sebagai kemas kini percuma dan belian dalam aplikasi,[92] menggabungkan elemen-elemen dari permainan yang asal dengan ciri-ciri permainan yang serba baru.[91]


Menjelang pelancaran Angry Birds Space, pada 8 Mac 2012, Rovio mempersembahkan video yang menampilkan angkasawan NASA, Don Pettit di Stesen Angkasa Antarabangsa, untuk menunjuk cara bahawa pentas permainan ini tidak lagi rata, sebaliknya terdiri daripada planet-planet yang mempunyai medan tarikan graviti yang mempengaruhi trajektori burung-burung yang dilepaskan.[93] NASA menyatakan bahawa kerjasama dengan Rovio ini boleh mengkongsikan keghairahan terhadap angkasa di kalangan peminat Angry Birds, mendidik para pemain tentang program-program NASA, serta mewujudkan pengalaman pembelajaran yang interaktif untuk masyarakat umum.[94]

Rujukan

WikiPedia: Angry Birds http://www.3dsfocus.com/2011/02/angry-birds-confir... http://www.abstractiongames.com/news.html http://www.allaboutsymbian.com/reviews/item/12402_... http://www.androidauthority.com/angry-birds-season... http://www.androidcentral.com/angry-birds-here/ http://heikki.angrybirds.com/ http://www.angrybirdsnest.com/2011/03/angry-birds-... http://www.angrybirdspiglantis.com http://appadvice.com/appnn/2010/06/angry-birds-rec... http://itunes.apple.com/us/app/angry-birds-hd/id36...